Tuesday, April 30, 2013

KITA SEBAGAI MANUSIA....

Bismillahirahmanirahim

   Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah mengurniakan kita satu lagi hari untuk beribadat kepadaNya. Selawat serta salam juga dipanjatkan keatas junjungan mulia Rasulullah sallahualaihiwasalam, semoga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak :)

   Assalamualaikum kpd pmbaca blog hamba Allah yg kerdil lagi hina ini (smoga Allah merahmati kita sume).

    Hamba ingin mengajukan satu soalan kpd anda semua, "apa sebab kita (manusia) diciptakan?"
marilah kita bermuhasabah diri kita.... apakah jawapan nya? Menjadi musuhNya atau hambaNya?

   Persoalan ini dpt kita rungkai dgn kita bukak stu buku yg dah hmpir 1400 tahun dulu wujud (hakikatnya lagi lama) AL QURAN NUR KARIM. m/s 523 surah al Dzariyat:51:56 " Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadat kepadaKu".
Mari kita pikir, apakah kita sudah menunaikan hak Allah? Cukup sudahkah kita beribadat kepadaNya? Baiklah, mari hamba buka minda anda sume skit, konteks ibadah ini umum. Ibadah bukan sahaja bermaksud solat, zikir, selawat dll. Ini sume hanyalah pemikiran org melayu yg suka mengkhusus-khususkan sesuatu bnda, sbg contoh: "ustaz2 hanya dikaitkan dgn doa selamat, tahlil, org mati, dan budak kna rasuk hantu... ini sume POYO bak kata jozan. peranan ustaz bkn itu shj. berbalik kpd soal ibadah td, ibadah terbahagi kpd 2: ibadah umum dan ibadah khusus. "Sedekah, buat baik kpd ibu bapa, tolong orang yg dlm kesusahan, mengucapkan perkara2 baik" itulah ibadat umum. ibadat khusus ialah seperti solat, zakat puasa dll.

    Sudahkah persoalan ini dirungkai? Adakah sudah cukup kita beribadah kpdNya? Tepuk dada tanya Iman la bro :) bila sebut pasal iman ni, adakah saudara ingin tao kuat mne iman saudara? Adakah org jahat tiada iman?

     Bgi persoalan yg pertama, kuat setara mne gok iman kita? jawapannya, bila saudara dduk sorang2 kat dlm bilik atau kat umah, ape yg saudara akan buat? ingat Allah atau wat mende lagha? hehe. Jawab sndiri la bro...:)
     Bgi persoalan kedua, adakah org jahat, perompak, pembunuh ni xde iman? Adakah sebab mereka wat jahat sebab xde iman? jawapan nya, (saya menyentuh pasal org Islam ye, klu pasal org bkn Islam hamba kurang psti, ilmu xcukup) sesungguhnya mereka masih ada iman dlm hati mereka tp imannya kurang. Cbe kita offer kat diorang mee goreng BABI, nak x diorang makan? mestilah xnak, silap2 hari bulan dia plak ckp "weyh, mu xtau ke BABI tu haram!" hahaha. Klau mereka menolak offer 2 maknanya mereka masih ada iman krn percaya mende tu x elok. bukankah iman bermaksud percaya?

     Aik? cmne bleh smpai bab iman plak ni? hamba rase hamba cite pasal sebab terciptanyaa manusia... xpe, mari kita smbung... sbb kedua ialah supaya kita menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah: 30)
So, scara fitrah kita merupakan khalifah atau pemimpin. Jika tidak pemimpin masyarakat, pemimpin keluarga, klu msih x berkeluarga? kita jdilah pemimpin kepada dri kita sendiri dalam mencari syurga Allah yg kekal abadi.

   Sebenarnya banyak lgi yg hamba nak kongsi, ingatlah xsmestinya kita dah ada degree, phd atau mnde2 gitu bru boleh kita berkongsi. jika saudara ada sedikit ilmu yg bermanfaat, kongsilah, x semestinya jdik ustaz bru boleh kongsi ilmu agama. Klu gitu jenohlah kita. Tp ingat jangan pndai2 kluar fatwa plok dan jgn nk memandai-mandai plok ye. blaja dahulu :) "sampaikanlah daripadaku walau pun satu ayat" 
                                SELAMAT BERAMAL:)

No comments:

Post a Comment