Friday, May 3, 2013

BELAJAR MEMAKAI SERBAN

Memakai serban itu sunnah rasulullah. Tapi bagaimana cara nak pkai? mari hamba ajarkan.....


TOHMAHAN

   Bismillahirahmanirrahim

baiklah di post kali ini hamba ingin menyentuh isu yang sudah menjadi seperti lumrah dalam masyarakat kita iatu bersangka buruk.

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

     Mari hamba bgi satu analogi: Kalau kita nampak pompuan yang pkai tudung labuh tu kita akan pikir anak ustazah la apa la. okay, baguslah tu sangka baik (husnuzzon). Tetapi bila kita nmpak pompuan yang pkai bju lengan pendek, tudung plak singkat. Apa yang kita akan pikir? Mungkin akan keluar dari mulut kita yang bunyinya macam "Baik xyah pkai tudung, wat malu orang Islam je".

    Perkataan seperti itu tak sepatutnya keluar dari mulut kita yang kononnya sudah cukup alim. Mungkin pompuan tadi baru ingin mengenali Islam dengan lebih dalam. Baru mencuba-cuba untuk pakai tudung. Tapi kita pulak dah hentam dia macam-macam. kalaulah dia terdengar, ada kemungkinan besar dia lari terus drp Islam. Hah camne? ape yang kita nak jawab ngan Allah nanti?
Sesungguhnya perubahan itu secara beransur-ansur. Mengapa tidak kita cuba mendekati orang-orang sebegini? Sebagai contoh, mungkin kita akan dgr pakcik2 yang sokmo ada kat surau sebok mengata pasal budak2 muda yg sebok main motor sampai malas gi masjid. Tapi adakah dengan mengata dapat membawa budak- budak tersebut untuk ke masjid? Jawapannya semestinya TIDAK. Sepatutnya kita cuba rapat ngan budak2 ni, dan cuba tarik perhatian mereka ke surau.

    Mari hamba cerita sedikit pengalaman hamba, ketika masa hamba di PLKN dahulu, banyak yang hamba dapat pengalaman dari pemerhatian hamba. Sesungguhnya hamba ini jenis org yang suka tengok orang. Hamba dapat lihat ada 3 kategori orang kat sana. Pertama, hamba gelarkan penunggu surau. Kedua, orang yang malas nak gi surau. Ketiga, orang yang atas pagar, just ikut je apa yang disuruh. Hamba lihat orang2 kategori kedua nih ada segelintir yang ingin berubah, tetapi takot untuk bergaul dgn set2 kategori pertama. Hamba penah dengar rakan hamba kata " weyh nasihat sket set2 mu tu, bergaul gok ngan kitorang nih. kitorang tau la yang kitorang nih tak brape kuat agame". haha terkejut gak hamba dengar sebab dua perkara. Pertama, adakah hamba set2 mereka? hamba bukan set2 ustaz boh hahaha. Kedua, hamba tersedar yg memang betullah kenapa sekarang nih ramai org yang lari daripada Islam sebab kita yang lari daripada mereka. Kita sepatutnya cuba mengambil contoh Ustaz Azhar, beliau berusaha untuk mendekati golongan2 yang tidak suka agama nih sampai diorang mula minat dengan agama.

    Akhirsekali, sedikit ilmu yang hamba dapat dripada Mufti Menk.
  •  Kalau saudari sudah memakai tudung labuh, bagus, teruskan jgn tinggalkan.
  • Kalau saudari memakai tudung, bagus, sekurang-kurang pakai tudung, jgn tinnggalkan tapi berusahalah untuk ke level yang seterusnya
  • Kalau saudari tidak memakai tudung tapi memakai baju yang longgar, xpe, tapi jgn pula memakai bju yang ketat. Tapi berusahalah untuk memakai tudung.
  • Kalau saudari memakai baju ketat, xpe, jgn lah pkai bju yang singkat. Tapi berusahalah untuk memakai bju yang longgar.
  • Kalau saudari memakai seluar pendek, xpe, tapi jgn lah pakai boxer plak ke luar rumah tapi berusahalah untuk memakai seluar panjang.
  • Dan kalau saudari memakai baju ketat, seluar seperti boxer, xpkai tudung, itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur saudari dan bukannya mencemuh. Allah berfirman Amar makruf nahi mungkar. Yang bermaksud mengajak buat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Allah suruh ajak wat baik dahulukan. Jadi kita mestilah tegur dulu dengan berhikmah.
Nabi bersabda: sape2 yang lihat kemungkaran cegahlah dgn tangan, klu x mampu cegahlah dgn lisan, kalau tak mampu, cegahlah dengan hati. itulah selemah-lemah iman.

    *Post ini adalah untuk menegur diri hamba sendiri dan juga para pembaca, jadi mohon TERASE ye :)

Thursday, May 2, 2013

SEDEKAH

    Barangsiapa yang menghidupkan sunnah Rasulullah, maka dialah orang yg telah mencintai Nabi. Sesiapa yg mendapat cinta nabi akan dapat Cinta Allah. Siapa yang dapat cinta Allah nescaya akan mendapat cinta makhlukNya. Jadi hamba ingin berkongsi serba sedikit mengenai sunnah Rasulullah yang hamba pasti semua orang pasti tau iatu: SEDEKAH.

    "Sesungguhnya bila mati seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya :
  • Sedekah/ amal jariahnya
  • Doa anak soleh
  • Ilmu yang bermanfaat yang disampaikan kepada org lain"
   Allah berfirman dlm surah alBaqarah ayat 254:
"Wahai org yang beriman! Belanjakanlah (ke jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang kafir itulah orang yang zalim"
 
    Berdasarkan ayat diatas sudah jelaslah Allah menyuruh kita untuk bersedekah ke jalan Allah. Apa itu sedekah? jawapan secara mudahnya ialah pemberian orang Islam kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa ada dibatasi waktu dan jumlah.

    Kenapa kita kena bersedekah? Banyak sebenarnya faedah yang boleh kita dpt dgn bersedekah. Antaranya:
  • Rezeki kita yang sedia ada akan bertambah (murah rezeki). Tapi ingatlah bahawa rezeki Allah itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi mungkin dari segi kesihatan tubuh badan, anak2 yang soleh, banyak tidak membazir sedikit pon cukup :)
  • rezeki akan lebih diberkati oleh Allah. Camne kita nak tao rezeki kita tu berkat atau tidak? Rakan Hamba ada mmberi contoh yang mudah iatu: Kita ada RM 200, tapi tanpa kita sedar cepat je duit tu dah habis dibelanjakan, rase seperti x ckup je padahal jumlahnya agak banyak. mengapa? jawapannya mungkin sebab duit itu tidak berkat. mungkin kerja yang kita lakukan untuk mendapatkan duit itu tidak setimpal dgn usaha yg dicurahkan.
  • Allah akan lapangkan dada kita. Klau kita rase sempit je, sedekahlah nescaya Allah akan lapangkan dada kita. Ingatlah bahawa rezeki Allah itu untuk dikongsi, kalau Allah nak tarik bila-bila masa Dia boleh tarik.
  • Kita juga dapat membantu saudara kita yang susah. Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang tidak mengasihi, Dia tidak akan dikasihi"
  • Dapat tolak bala
  • Inshaallah akan dipanjangkan umur
   Jadi, marilah kita bermuhasabah diri, berapa banyak duit kita belanjakan di supermarket nak banding dgn kta sedekah kat masjid. Kalaulah kita boleh nmpak ganjaran yang Allah akan bagi kat kita, seperti dlm surah Albaqarah ayat 261:
"Perumpamaan (nafkah yg dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurniaNya), lagi maha mengetahui" 

Wednesday, May 1, 2013

HATI

Hati... Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah keseluruhan anggota badannya tetapi jika rosak dan kotor daging itu, maka rosak dan kotorlah seluruh anggota badannya. daging itu ialah hati"
Jadi, sudah jelas bahawa klau elok hatinya, begitu jugalah akhlaknya.

    Bagaimanakah kita ingin mengetahui hati kita ini sakit atau tidak? Bolehkah pergi jumpa doktor dan tanya "doktor, hati saya ni sakit x?" Jawapannya tidak. Cara mudah kita ingin tahu hati kita ini sakit ialah, kalau ditegur sakit hati maknanya hatinya sakit :)

     Apakah caranya untuk menyembuhkan hati yang sakit?
  1. Rajin2kanlah membaca Alquran dan berzikir
  2. Sentiasa ingat mati
  3. Menziarahi org miskin
  4. Menziarahi orang sakit
  5. Banyakkan hadiri majlis ilmu
  6. Mendampingi ulama
  7. Banyakkan berselawat

Bagi mengubati hati hendaaklah menjauhi segala racun hati yang boleh merosakkan dan membunuh secara senyap tanpa disedari....
(*isi diambil dr Solusi)

Tuesday, April 30, 2013

PENDUSTA PADA AGAMA

   Solat, puasa mengaji al Quran... sume tuh suruhan Allah yang bertujuan untukmendidik kita menjadi seorang muslim yang lebih baik. Sebagai contoh, solat mengajar kita erti kesabaran, dan amanah dalam menepati waktu, amanah dengan Allah. Mengaji Al Quran sepatutnya mengajar kita untuk mengambil pegajaran drp kisah umat2 terdahulu, supaya kita mengambil iktibar dan menjadi seorang hamba yg taat kepada perintah Allah s.w.t.

   Tetapi pada zaman sekarang ini, berapa ramai orang islam yang solat, yang mengaji al Quran dll tapi menentang Allah, wat mende2 x molek sehingga menjadi kebencian orang lain? Jawapannya, ramai sangat. Disebabkan mereka wujudlah ayat2 seperti: " dia solat wat jahat gok, baik aku xsolat pon still wat mende baik" atau " mengaji Quran tpi ckp mende xmolek same gok cam aku". Oleh itu makin ramailah manusia yg akan menjauhi agama krn mereka merasakan bahawa walaupun membuat perintah Allah tidak akn memberikan apa2 kesan kepada dirinya.

    Orang2 yang solat, mengaji Al Quran  dll tapi masih menentang Allah inilah yang dipanggil pendusta dan fitnah kepada agama! Dan tempat kembalinya mereka ini adalah di neraka Allah yang sangat pedih azabnya.

    Dimanakah Al quran bagi kita? bagi ekonomi? bagi hukum? bagi perundangan? bagi pendidikan? bagi kemasyarakatan? tepuk dada tanya iman lah bro. Adakah Al quran hanya sekadar bacaan? Sepatutnya kita merujuk segala keputusan yang ingin diambil berdasarkan Alquran dan hadis Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam. Nak buat maksiat ingat Alquran dah nyatakan jangan, jadi janganlah buat. Sesiapa yang cuma ambik separuh2 daripada Alquran, sebagai contoh, yang best2 dia amek yang dia rasa x best ditinggalkannya, orang seperti inilah dipanggil pendusta kepada agama.

    Sepatutnya kita berusaha dan bekerja untuk Islam! berusaha sedaya upaya untuk menegakkan kalimah Allah. Sesungguhnya setiap daripada kita akan mati, nanti apa yang akan kita jawab depan Allah s.w.t. apabila ditanya apakah sumbangan kita kepada agamaNya? Apa yang akan kita jawab? Adakah sedikit pun seumur hidup kita ini, kita bekerja untuk Islam? Apakah sumbangan kita kepada agama Islam? tepuk dada tanya iman. persolan ini juga saya anjurkan kepada diri hamba sendiri. apakah yang telah hamba lakukan untuk membantu agama Allah? Sekurang kurangnya hamba telah berusaha menulis blog ini bagi memberi kesedaran kpd pembaca utk memahami Islam dengan lebih lagi, Inshaallah.

    Akhir sekali, marilah kita berniaga dgn Allah sesungguhnya perniagaan yang tidak pernah rugi ialah dengan Allah. Caranya? Berimanlah kepada Allah dan rasul dan berjuanglah dgn harta dan dirimu. keuntungan yang kita akan dapat dengan membantu agama Allah ialah Allah akan mengampunkan dosa dan memberikan ganjaran syurgaNya. Inshaallah

*isi-isi diatas hamba dapat daripada tazkirah maghrib di surau sallehudin alayubi pda 30/4/13

TUDUNG...

   "Saya tak pakai tudung pon tak semestinya saya ni jahat kan. Tuh, ada org yang pakai tudung tu wat jahat, mengumpat sana sini, caci org, POYO. Jadi tak salahkan klu saya x pkai tudung tapi still wat bende2 baik, still solat dll kan?"
Klu org pompuan tanya camni nok jawab guane boh? hahaha. camne nak tegor? klu kasar dia akan lari drp Islam. so...?

    Baiklah pertama skali, aurat wanita ini bukan sahaja pda tudungnya tapi pada keseluruhan tubuhnya kecuali tapak tangan dan muka. Hukumnya menutupnya ialah WAJIB. Tpi klu kita tengok fesyen2 zaman sekarang nih, kononnya digelar islamik tpi pada dasarnya masih tidak melepasi garisan syariat menutup aurat. sebagai contoh, tudung. Ada sesetengah jenis tudung yang hamba tengok skarang nih singkat gler. Ingatlah, tudung atau hijab yg wajib dipakai oleh kaum hawa hendaklah labuh hingga dapat menutup dada dan longgar. Ingat! Longgar bukannya ketat. Pakaian pula perlulah longgar dan jangan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya. Satu lagi, hamba ada tengok sekarang nih trend wanita yang memakai baju lengan pendek tapi memakai handsock yang panjang tuh... daripada ilmu yang hamba ada, handsock itu ketat dan menampakkan bentuk lengan kaum wanita jadi masih lagi tidak melepasi tuntutan syarak dari segi definisi menutup aurat. Baiklah mungkin ada sesetengah pembaca yg tertanya tanya, susahnya jdik perempuan ye...kna tutup sana sini. Setiap apa yg Allah suruh kita wat tuh ada la sebab musababnya. Pada zaman sekarang kita dpt lihat kegiatan sosial semakin berleluasa, bila dapat baby x sah, mulalah pompuan nak salahkan laki. laki xgna la apala. Tapi ingatlah bahawa sebab pertamanya adalah pompuan tidak menutup aurat dgn sempurna. Sudah menjadi lumrah lelaki ini makhluk yang tertarik kpada wanita, jadi bgi lelaki yang hatinya sakit akan mudahlah syaitan menggodanya melalui wanita2 yang mendedahkan tubuhnya sana sini. Sesungguhnya wanita yang menutup aurat ini akan mudah dikenali. Maka jika auratnya dibuka sewenang wenangnya, maka secara tidak langsung akan mudah merangsang lelaki .
 surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orng mukmin, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.

    Baiklah, hamba sudah menerangkan serba sedikit hal berkaitan aurat, jika pembaca ingin mengetahui lebih lanjut inshaallah akan hamba postkan di entry akan datang :) Kita kembali kepada persoalan yg pertama tdi, apa yang kita nak jawab (perenggan pertama). Jawapannya, tidak semestinya wanita yang pakai tudung tu tidak berdosa. Dari aspek pakai tudung (menutup aurat tu pon klau sempurna) dia sudah tidak akan menanggung dosa aurat. Dosa aurat sudah tiada tapi dosa lain masih ada. Tetapi bagi saudara yang tidak menutup aurat pula, dosa tutup aurat kna tanggung dosa lain2 pula kna tanggung jugak. banyak tu bro... Klau orang tu sudah menutup aurat tapi masih tidak mengubahnya untuk menjadi manusia yang lebih baik, maksudnya ada sumting wrong dgn agamanya. Dia akan menjadi fitnah atau pendusta pada agamanya (bab pendusta kepada agama nih akan hamba postkan di post yg akan dtg ye) Kesimpulannya saudari pilihlah sendiri, adakah mampu untuk menanggung dosa tidak tutup aurat dan lain2? ke nak try panas api neraka... bak kata Ustaz Azhar Idrus: "klu mu nak rse api neraka, cbe mu celup muke mu dlm minyak panas yang menggelegak 5 minit, tengok guane muke mu jadik" (lebih kurangla hamba rase) Tu bru api dunia bro hehe.

   Dan satu lagi, mungkin ada org yg x tutup aurat tu lebih baik drp org yg tutup aurat tapi ingatlah sesungguhnya org yang tidak tutup aurat tuh jahat dengan Allah s.w.t. Sape2 yang menolak suruhan Allah, wat pulak laranganNya, dialah musuh Allah. Jahat dgn Allah dan hukumnya dosa masuk nerakalah bro...

    Akhir sekali, teguran kpd diri hamba dan juga pembaca, klau kita sudah menutup aurat dgn sempurna tu, jagalah peribadi kita sebagai Islam yg baik. Tunjuk teladan yang baik dgn niat agar org lain akan ikut juga merupakan kerja dakwah. Janganlah kita menjadi fitnah kpd agama kita.

                                   SELAMAT BERAMAL (SMILE ITS SUNNAH)

CIRI ORG MENIPU

Assalamualikum :)

Siapa yang dakwa ada 4 perkara tanpa 4 perkara ni dia ni org yang menipu:
  • Dia cinta Syurga Allah yg sgt mahal harganya tapi tidak taat perintah Allah.
  • Dia cakap dia sayang Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam tapi tidak sayang akan ulama dan org mskin
  • Dia cakap takotkan neraka Allah yg maha pedih azabnya tapi tak mahu tinggalkan maksiat. (maksiat ini bermaksud menderhaka atau apa sahaja perbuatan yang klu kita wat dapat dosa tao)
  • Dia cakap sayang Allah tpi merintih-rintih bila diujiNya (tidak redha)
4 senarai ini adalah daripada Imam Ghazali rahimahullah (semoga Allah memberkatinya)

KITA SEBAGAI MANUSIA....

Bismillahirahmanirahim

   Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah mengurniakan kita satu lagi hari untuk beribadat kepadaNya. Selawat serta salam juga dipanjatkan keatas junjungan mulia Rasulullah sallahualaihiwasalam, semoga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak :)

   Assalamualaikum kpd pmbaca blog hamba Allah yg kerdil lagi hina ini (smoga Allah merahmati kita sume).

    Hamba ingin mengajukan satu soalan kpd anda semua, "apa sebab kita (manusia) diciptakan?"
marilah kita bermuhasabah diri kita.... apakah jawapan nya? Menjadi musuhNya atau hambaNya?

   Persoalan ini dpt kita rungkai dgn kita bukak stu buku yg dah hmpir 1400 tahun dulu wujud (hakikatnya lagi lama) AL QURAN NUR KARIM. m/s 523 surah al Dzariyat:51:56 " Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadat kepadaKu".
Mari kita pikir, apakah kita sudah menunaikan hak Allah? Cukup sudahkah kita beribadat kepadaNya? Baiklah, mari hamba buka minda anda sume skit, konteks ibadah ini umum. Ibadah bukan sahaja bermaksud solat, zikir, selawat dll. Ini sume hanyalah pemikiran org melayu yg suka mengkhusus-khususkan sesuatu bnda, sbg contoh: "ustaz2 hanya dikaitkan dgn doa selamat, tahlil, org mati, dan budak kna rasuk hantu... ini sume POYO bak kata jozan. peranan ustaz bkn itu shj. berbalik kpd soal ibadah td, ibadah terbahagi kpd 2: ibadah umum dan ibadah khusus. "Sedekah, buat baik kpd ibu bapa, tolong orang yg dlm kesusahan, mengucapkan perkara2 baik" itulah ibadat umum. ibadat khusus ialah seperti solat, zakat puasa dll.

    Sudahkah persoalan ini dirungkai? Adakah sudah cukup kita beribadah kpdNya? Tepuk dada tanya Iman la bro :) bila sebut pasal iman ni, adakah saudara ingin tao kuat mne iman saudara? Adakah org jahat tiada iman?

     Bgi persoalan yg pertama, kuat setara mne gok iman kita? jawapannya, bila saudara dduk sorang2 kat dlm bilik atau kat umah, ape yg saudara akan buat? ingat Allah atau wat mende lagha? hehe. Jawab sndiri la bro...:)
     Bgi persoalan kedua, adakah org jahat, perompak, pembunuh ni xde iman? Adakah sebab mereka wat jahat sebab xde iman? jawapan nya, (saya menyentuh pasal org Islam ye, klu pasal org bkn Islam hamba kurang psti, ilmu xcukup) sesungguhnya mereka masih ada iman dlm hati mereka tp imannya kurang. Cbe kita offer kat diorang mee goreng BABI, nak x diorang makan? mestilah xnak, silap2 hari bulan dia plak ckp "weyh, mu xtau ke BABI tu haram!" hahaha. Klau mereka menolak offer 2 maknanya mereka masih ada iman krn percaya mende tu x elok. bukankah iman bermaksud percaya?

     Aik? cmne bleh smpai bab iman plak ni? hamba rase hamba cite pasal sebab terciptanyaa manusia... xpe, mari kita smbung... sbb kedua ialah supaya kita menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah: 30)
So, scara fitrah kita merupakan khalifah atau pemimpin. Jika tidak pemimpin masyarakat, pemimpin keluarga, klu msih x berkeluarga? kita jdilah pemimpin kepada dri kita sendiri dalam mencari syurga Allah yg kekal abadi.

   Sebenarnya banyak lgi yg hamba nak kongsi, ingatlah xsmestinya kita dah ada degree, phd atau mnde2 gitu bru boleh kita berkongsi. jika saudara ada sedikit ilmu yg bermanfaat, kongsilah, x semestinya jdik ustaz bru boleh kongsi ilmu agama. Klu gitu jenohlah kita. Tp ingat jangan pndai2 kluar fatwa plok dan jgn nk memandai-mandai plok ye. blaja dahulu :) "sampaikanlah daripadaku walau pun satu ayat" 
                                SELAMAT BERAMAL:)