Tuesday, April 30, 2013

PENDUSTA PADA AGAMA

   Solat, puasa mengaji al Quran... sume tuh suruhan Allah yang bertujuan untukmendidik kita menjadi seorang muslim yang lebih baik. Sebagai contoh, solat mengajar kita erti kesabaran, dan amanah dalam menepati waktu, amanah dengan Allah. Mengaji Al Quran sepatutnya mengajar kita untuk mengambil pegajaran drp kisah umat2 terdahulu, supaya kita mengambil iktibar dan menjadi seorang hamba yg taat kepada perintah Allah s.w.t.

   Tetapi pada zaman sekarang ini, berapa ramai orang islam yang solat, yang mengaji al Quran dll tapi menentang Allah, wat mende2 x molek sehingga menjadi kebencian orang lain? Jawapannya, ramai sangat. Disebabkan mereka wujudlah ayat2 seperti: " dia solat wat jahat gok, baik aku xsolat pon still wat mende baik" atau " mengaji Quran tpi ckp mende xmolek same gok cam aku". Oleh itu makin ramailah manusia yg akan menjauhi agama krn mereka merasakan bahawa walaupun membuat perintah Allah tidak akn memberikan apa2 kesan kepada dirinya.

    Orang2 yang solat, mengaji Al Quran  dll tapi masih menentang Allah inilah yang dipanggil pendusta dan fitnah kepada agama! Dan tempat kembalinya mereka ini adalah di neraka Allah yang sangat pedih azabnya.

    Dimanakah Al quran bagi kita? bagi ekonomi? bagi hukum? bagi perundangan? bagi pendidikan? bagi kemasyarakatan? tepuk dada tanya iman lah bro. Adakah Al quran hanya sekadar bacaan? Sepatutnya kita merujuk segala keputusan yang ingin diambil berdasarkan Alquran dan hadis Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam. Nak buat maksiat ingat Alquran dah nyatakan jangan, jadi janganlah buat. Sesiapa yang cuma ambik separuh2 daripada Alquran, sebagai contoh, yang best2 dia amek yang dia rasa x best ditinggalkannya, orang seperti inilah dipanggil pendusta kepada agama.

    Sepatutnya kita berusaha dan bekerja untuk Islam! berusaha sedaya upaya untuk menegakkan kalimah Allah. Sesungguhnya setiap daripada kita akan mati, nanti apa yang akan kita jawab depan Allah s.w.t. apabila ditanya apakah sumbangan kita kepada agamaNya? Apa yang akan kita jawab? Adakah sedikit pun seumur hidup kita ini, kita bekerja untuk Islam? Apakah sumbangan kita kepada agama Islam? tepuk dada tanya iman. persolan ini juga saya anjurkan kepada diri hamba sendiri. apakah yang telah hamba lakukan untuk membantu agama Allah? Sekurang kurangnya hamba telah berusaha menulis blog ini bagi memberi kesedaran kpd pembaca utk memahami Islam dengan lebih lagi, Inshaallah.

    Akhir sekali, marilah kita berniaga dgn Allah sesungguhnya perniagaan yang tidak pernah rugi ialah dengan Allah. Caranya? Berimanlah kepada Allah dan rasul dan berjuanglah dgn harta dan dirimu. keuntungan yang kita akan dapat dengan membantu agama Allah ialah Allah akan mengampunkan dosa dan memberikan ganjaran syurgaNya. Inshaallah

*isi-isi diatas hamba dapat daripada tazkirah maghrib di surau sallehudin alayubi pda 30/4/13

No comments:

Post a Comment