Wednesday, May 1, 2013

HATI

Hati... Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah keseluruhan anggota badannya tetapi jika rosak dan kotor daging itu, maka rosak dan kotorlah seluruh anggota badannya. daging itu ialah hati"
Jadi, sudah jelas bahawa klau elok hatinya, begitu jugalah akhlaknya.

    Bagaimanakah kita ingin mengetahui hati kita ini sakit atau tidak? Bolehkah pergi jumpa doktor dan tanya "doktor, hati saya ni sakit x?" Jawapannya tidak. Cara mudah kita ingin tahu hati kita ini sakit ialah, kalau ditegur sakit hati maknanya hatinya sakit :)

     Apakah caranya untuk menyembuhkan hati yang sakit?
  1. Rajin2kanlah membaca Alquran dan berzikir
  2. Sentiasa ingat mati
  3. Menziarahi org miskin
  4. Menziarahi orang sakit
  5. Banyakkan hadiri majlis ilmu
  6. Mendampingi ulama
  7. Banyakkan berselawat

Bagi mengubati hati hendaaklah menjauhi segala racun hati yang boleh merosakkan dan membunuh secara senyap tanpa disedari....
(*isi diambil dr Solusi)

No comments:

Post a Comment