Thursday, May 2, 2013

SEDEKAH

    Barangsiapa yang menghidupkan sunnah Rasulullah, maka dialah orang yg telah mencintai Nabi. Sesiapa yg mendapat cinta nabi akan dapat Cinta Allah. Siapa yang dapat cinta Allah nescaya akan mendapat cinta makhlukNya. Jadi hamba ingin berkongsi serba sedikit mengenai sunnah Rasulullah yang hamba pasti semua orang pasti tau iatu: SEDEKAH.

    "Sesungguhnya bila mati seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya :
  • Sedekah/ amal jariahnya
  • Doa anak soleh
  • Ilmu yang bermanfaat yang disampaikan kepada org lain"
   Allah berfirman dlm surah alBaqarah ayat 254:
"Wahai org yang beriman! Belanjakanlah (ke jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang kafir itulah orang yang zalim"
 
    Berdasarkan ayat diatas sudah jelaslah Allah menyuruh kita untuk bersedekah ke jalan Allah. Apa itu sedekah? jawapan secara mudahnya ialah pemberian orang Islam kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa ada dibatasi waktu dan jumlah.

    Kenapa kita kena bersedekah? Banyak sebenarnya faedah yang boleh kita dpt dgn bersedekah. Antaranya:
  • Rezeki kita yang sedia ada akan bertambah (murah rezeki). Tapi ingatlah bahawa rezeki Allah itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi mungkin dari segi kesihatan tubuh badan, anak2 yang soleh, banyak tidak membazir sedikit pon cukup :)
  • rezeki akan lebih diberkati oleh Allah. Camne kita nak tao rezeki kita tu berkat atau tidak? Rakan Hamba ada mmberi contoh yang mudah iatu: Kita ada RM 200, tapi tanpa kita sedar cepat je duit tu dah habis dibelanjakan, rase seperti x ckup je padahal jumlahnya agak banyak. mengapa? jawapannya mungkin sebab duit itu tidak berkat. mungkin kerja yang kita lakukan untuk mendapatkan duit itu tidak setimpal dgn usaha yg dicurahkan.
  • Allah akan lapangkan dada kita. Klau kita rase sempit je, sedekahlah nescaya Allah akan lapangkan dada kita. Ingatlah bahawa rezeki Allah itu untuk dikongsi, kalau Allah nak tarik bila-bila masa Dia boleh tarik.
  • Kita juga dapat membantu saudara kita yang susah. Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang tidak mengasihi, Dia tidak akan dikasihi"
  • Dapat tolak bala
  • Inshaallah akan dipanjangkan umur
   Jadi, marilah kita bermuhasabah diri, berapa banyak duit kita belanjakan di supermarket nak banding dgn kta sedekah kat masjid. Kalaulah kita boleh nmpak ganjaran yang Allah akan bagi kat kita, seperti dlm surah Albaqarah ayat 261:
"Perumpamaan (nafkah yg dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurniaNya), lagi maha mengetahui" 

No comments:

Post a Comment