Friday, May 3, 2013

TOHMAHAN

   Bismillahirahmanirrahim

baiklah di post kali ini hamba ingin menyentuh isu yang sudah menjadi seperti lumrah dalam masyarakat kita iatu bersangka buruk.

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

     Mari hamba bgi satu analogi: Kalau kita nampak pompuan yang pkai tudung labuh tu kita akan pikir anak ustazah la apa la. okay, baguslah tu sangka baik (husnuzzon). Tetapi bila kita nmpak pompuan yang pkai bju lengan pendek, tudung plak singkat. Apa yang kita akan pikir? Mungkin akan keluar dari mulut kita yang bunyinya macam "Baik xyah pkai tudung, wat malu orang Islam je".

    Perkataan seperti itu tak sepatutnya keluar dari mulut kita yang kononnya sudah cukup alim. Mungkin pompuan tadi baru ingin mengenali Islam dengan lebih dalam. Baru mencuba-cuba untuk pakai tudung. Tapi kita pulak dah hentam dia macam-macam. kalaulah dia terdengar, ada kemungkinan besar dia lari terus drp Islam. Hah camne? ape yang kita nak jawab ngan Allah nanti?
Sesungguhnya perubahan itu secara beransur-ansur. Mengapa tidak kita cuba mendekati orang-orang sebegini? Sebagai contoh, mungkin kita akan dgr pakcik2 yang sokmo ada kat surau sebok mengata pasal budak2 muda yg sebok main motor sampai malas gi masjid. Tapi adakah dengan mengata dapat membawa budak- budak tersebut untuk ke masjid? Jawapannya semestinya TIDAK. Sepatutnya kita cuba rapat ngan budak2 ni, dan cuba tarik perhatian mereka ke surau.

    Mari hamba cerita sedikit pengalaman hamba, ketika masa hamba di PLKN dahulu, banyak yang hamba dapat pengalaman dari pemerhatian hamba. Sesungguhnya hamba ini jenis org yang suka tengok orang. Hamba dapat lihat ada 3 kategori orang kat sana. Pertama, hamba gelarkan penunggu surau. Kedua, orang yang malas nak gi surau. Ketiga, orang yang atas pagar, just ikut je apa yang disuruh. Hamba lihat orang2 kategori kedua nih ada segelintir yang ingin berubah, tetapi takot untuk bergaul dgn set2 kategori pertama. Hamba penah dengar rakan hamba kata " weyh nasihat sket set2 mu tu, bergaul gok ngan kitorang nih. kitorang tau la yang kitorang nih tak brape kuat agame". haha terkejut gak hamba dengar sebab dua perkara. Pertama, adakah hamba set2 mereka? hamba bukan set2 ustaz boh hahaha. Kedua, hamba tersedar yg memang betullah kenapa sekarang nih ramai org yang lari daripada Islam sebab kita yang lari daripada mereka. Kita sepatutnya cuba mengambil contoh Ustaz Azhar, beliau berusaha untuk mendekati golongan2 yang tidak suka agama nih sampai diorang mula minat dengan agama.

    Akhirsekali, sedikit ilmu yang hamba dapat dripada Mufti Menk.
  •  Kalau saudari sudah memakai tudung labuh, bagus, teruskan jgn tinggalkan.
  • Kalau saudari memakai tudung, bagus, sekurang-kurang pakai tudung, jgn tinnggalkan tapi berusahalah untuk ke level yang seterusnya
  • Kalau saudari tidak memakai tudung tapi memakai baju yang longgar, xpe, tapi jgn pula memakai bju yang ketat. Tapi berusahalah untuk memakai tudung.
  • Kalau saudari memakai baju ketat, xpe, jgn lah pkai bju yang singkat. Tapi berusahalah untuk memakai bju yang longgar.
  • Kalau saudari memakai seluar pendek, xpe, tapi jgn lah pakai boxer plak ke luar rumah tapi berusahalah untuk memakai seluar panjang.
  • Dan kalau saudari memakai baju ketat, seluar seperti boxer, xpkai tudung, itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur saudari dan bukannya mencemuh. Allah berfirman Amar makruf nahi mungkar. Yang bermaksud mengajak buat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Allah suruh ajak wat baik dahulukan. Jadi kita mestilah tegur dulu dengan berhikmah.
Nabi bersabda: sape2 yang lihat kemungkaran cegahlah dgn tangan, klu x mampu cegahlah dgn lisan, kalau tak mampu, cegahlah dengan hati. itulah selemah-lemah iman.

    *Post ini adalah untuk menegur diri hamba sendiri dan juga para pembaca, jadi mohon TERASE ye :)

No comments:

Post a Comment